Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis gas Freon di pasaran.
Antaranya adalah refrigerant R22, R407, R410A, R134 dan R32.
Kesimpulannya, pilihlah penyaman udara yang sesuai dengan kemajuan semasa.
|
Perbezaan
Bahan Pendingan (Freon / Refrigerant) |
||||
|
Jenis
Freon |
ODP |
GWP |
Cooling
Index |
Flammability |
|
R12 |
1.0 |
10900 |
- |
- |
|
R22 |
0.055 |
1810 |
100 |
Tidak |
|
R410A |
0 |
2090 |
92 |
Tidak |
|
R32 |
0 |
675 |
100 |
Rendah |
|
R290 |
0 |
Kurang
dari 3 |
83 |
Tinggi |
ODP – Ozone Depletion Potential
GWP – Global Warming Potential
Cooling Seasonal Performance Factor (CSPS)
Power Consumption Ratio
Penggunaan tenaga yang paling jimat adalah R32.
Kesimpulannya, anda jangan runsing memikirkan gas Freon apa yang perlu digunakan di system aircond tersebut. Itu biar engineer yang uruskan.
Tugas anda WAJIB perlu tahu jenis gas Freon apa yang digunakan untuk system aircond anda supaya anda tidak mencampurkan gas gas Freon anda.
Apakah ciri – ciri gas Freon Gas Freon?
1. Tidak berbau
2. Tidak berwarna
3. Mempunyai takat didih yang
rendah
4. Tidak mudah terbakar
5. Tidak berkarat atau
menghakis
6. Gas yang stabil
7. Mampu menyerap haba
Kenapa anda ingin menambah Freon / Refrigerant ke dalam sistem aircond?
Semestinya aircond tidak sejuk. Mesti anda fikir untuk topup gas. Betul? Penghawa dingin tidak sejuk sahaja, bukan bermakna gas Freon kurang yee. Ada banyak sebab kenapa aircond tidak sejuk.
Peringatan, gas tidak akan habis jika tiada kebocoran pada paip copper. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu lakukan maintenance atau pembersihan berkala (klik sini)
Apakah sebab lain yang menyebabkan aircond anda tidak sejuk?
Banyak faktor yang menyebabkan aircond / penyaman udara tidak sejuk. Antaranya adalah
1. Gas kurang
2. Finn Indoor kotor
3. Finn Outdoor kotor
4. Blower penuh dengan habuk
5. Air menitik dari dalam. Paip drain tersumbat
Advance:
1. Capillary tube tersumbat
2. Compressor rosak
3. Capasitor kong
Bagaimanakah cara yang betul untuk mengecas Freon ke dalam sistem aircond?
Hhhmmmm. Bagaimana cara? Jom fahamkan satu persatu cara yang betul untuk mengisi Freon ke dalam sistem penghawa dingin. Apa yang anda perlukan adalah
1. Tabung Freon / Refrigerant
2. Gauge manifold beserta hose
3. Spanar hidup
Pertama sekali, anda perlu fahamkan cara untuk menggunakan gauge manifold dan apa itu gauge manifold. Gauge manifold adalah satu peralatan untuk kita tahu berapa banyak tekanan yang ada dalam sistem itu.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan gauge manifold?
Gauge manifold mempunyai dua meter bacaan. Bahagian tekanan rendah (Low Pressure, LP) dan bahagian tekanan tinggi (High Pressure, HP). Untuk hose pula, ia mempunyai 3 hose yang berlainan.
1. Hose warna kuning – Dari tabung gas ke gauge
manifold
2. Hose warna biru – Dari gauge manifold ke pipe
copper LP (pipe copper yang besar)
3. Hose warna merah _ Dari gauge manifold ke pipe
copper HP (pipe copper yang kecil)
Untuk memahami meter bacaan, anda perlulah melihat PSI. Lain – lain hiraukan dahulu.
Selepas itu, anda perlu pergi ke outdoor unit penghawa dingin, dan bahagian kanan outdoor unit akan ada paip copper. Buka cover tepi outdoor unit dan anda akan lihat dua paip copper. Satu paip copper yang kecil, satu paip copper yang besar.
Untuk penghawa dingin rumah, tidak ada nipple untuk mengecas Freon dari HP line paip copper. Hanya akan ada nipple di LP line paip copper.
Jadi, sambungkan begini.
Hose kuning disambungkan dari tabung gas Freon ke gauge manifold dan
hose biru disambungkan dari gauge manifold ke nipple LP line paip copper.
Ketatkan kesemua sambungan dengan sempurna KECUALI sambungan yang ada nipple di LPline paip copper. Kenapa? Kejap lagi saya jawab.
Selepasnya, buka injap / valve tabung Freon supaya gas akan melalui dari tong gas ke hose warna kuning.
Selepasnya, buka injap / valve gauge manifold supaya gas akan melalui dari gauge manifold ke hose warna biru.
Berbalik ke soalan di atas. Kenapa saya tidak ketatkan sambungan yang ada nipple di LP line paip copper?
Kerana untuk membuang sisa – sisa udara yang ada di dalam hose. Kemudian, dengan cepatnya mengetatkan sambungan dengan sempurna.
Oppppss! Peringatan, gas tidak akan masuk / charging jika compressor tidak di ON kan / dibuka. Jadi, ON kan dahulu penghawa dingin anda.
Compressor tidak akan terus jalan apabila di ON kan switch / suis. Anda perlu menunggu seketika dalam 30 saat / 1 minit.
Macam mana nak tahu compressor sudah berfungsi?
Salah satu cara yang paling mudah adalah motor kipas outdoor unit bergerak / berpusing. Itu menandakan compressor anda telah menjalankan kerja dengan baik.
Selain itu, anda boleh pegang outdoor unit anda. Anda rasakan vibration / gegaran dan juga bunyi. Jika terasa gegarannya dan bunyi, ia bermakna compressor anda berfungsi dengan baik.
Selepas itu, apakah tindakan anda?
Anda perlulah memantau gas yang masuk ke dalam sistem dengan meneliti gauge manifold anda. Anda perlu tahu berapa nilai tekanan / Pressure (PSI) yang sepatutnya masuk ke dalam sistem aircond anda.
Berapakah nilai tekanan Pressure (PSI) Pound per Square Inch yang betul untuk ditopup ke dalam sistem aircond?
Inveter
Low Pressure (Paip Copper yang Besar) – 120PSI
High Pressure (Paip Copper yang Kecil) – 280PSI
Non – Inveter
Low Pressure (Paip Copper yang Besar) – 60PSI
High Pressure (Paip Copper yang Kecil) – Tidak Pasti
Peringatan! Jangan sesekali memasukkan tekanan gas Freon melebihi nilai di atas.
Kenapa gas Freon tidak boleh ditopup melebihi nilai yang sepatutnya?
Ini akan membuatkan compressor anda bekerja kuat dan memendekkan jangka hayat compressor.
Dalam penglihatan saya, saya pernah lihat orang lain, menambah gas dengan cara menterbalikkan tong gas Freon. Adakah cara ini betul?
Haa. Soalan cepumas. Huhuhu. Ok macam ni. Sebelum saya menjawab soalan
ini, anda perlu fahamkan basik tentang sistem penyaman udara. Mechanism and
working principle of air conditioning. Lihat gambar di bawah.
Jadi, apa yang anda faham? Ok gini. Kebiasaannya, hanya unit aircond
yang besar sahaja, yang akan mempunyai nipple untuk menambah gas dari HP line.
Untuk unit yang kecil, hanya akan ada nipple Low pressure (LP line).
|
Menambah Gas dari LP |
Kenapa tabung Freon gas TIDAK DITERBALIKKAN semasa mengecas sistem aircond?
Kerana LP LINE adalah GAS. Jadi, untuk menambah Freon, anda perlu masukkan gas.
PERINGATAN, jangan sesekali masukkan liquid ke dalam compressor dengan cara menterbalikkan tong gas di LP LINE. Ini kerana ia akan memendekkan jangka hayat compressor anda.
Menambah Gas dari High Pressure (HP) Line Pipe Copper –
|
Menambah Gas dari HP |
Sebab apa tong gas DITERBALIKKAN semasa menambah Freon ke dalam sistem penghawa
dingin?
Kerana HP LINE adalah LIQUID. Jadi, untuk menambah Freon, anda perlu masukkan liquid.
Kenapa apabila mengecas Freon, tong gas akan berpeluh? Ini maksudnya apa?
Berpeluh kerana ia menunjukkan ada flow / pergerakkan gas dalam tabung gas ke hose ke paip copper.
Kalau berlaku iceing pula macam mana? Iceing berlaku di paip copper yang besar bermaksud apa? Iceing berlaku di paip copper yang kecil bermaksud apa?
Banyak sebab kenapa berlakunya icing. Antaranya adalah
1. Gas Freon kurang
2. Suction tertutup (ini untuk aircond yang besar – besar)
3. Discharge tertutup (ini
untuk aircond yang besar – besar)
4. Drain tersumbat (laluan paip
air)
5. Gas Freon terlebih
Berapakah kos untuk menambah gas Freon untuk system inveter atau non – inveter?
Kos menambah Freon ke dalam sistem bergantung kepada juruteknik. Ianya
dalam lingkungan RM70 - RM80
Apakah perbezaaan antara inveter dan non – inveter?
Apa yang saya faham lah, saya tidak pasti samada betul ataupun tidak. Inveter ni adalah sistem elektrikal. Inveter adalah salah satu benda / alat untuk mengubah arus dari AC to DC. Ia mengubahnya dari AC ke DC kemudian mengeluarkannya dengan arus AC kembali.
Inveter juga menstabilkan arus elektrik di dalam sistem inveter itu
sendiri.
Air menitik dari dalam rumah, indoor? Kenapa?
Satu disebabkan oleh paip drain yang tersumbat. Kemungkinan kotor dan berlumut. Lama sangat tidak cuci dan dibersihkan.
Kedua, insulation untuk paip copper tidak kemas. Maksudnya, paip copper tidak dibalut dengan kemas. Paip copper akan sedikit berpeluh (mengeluarkan air) ketika aircond dipasang. Jadi, anda perlu pastikan insulation paip copper yang berwarna hitam dibalut dengan kemas.
Ketiga, jika penghawa dingin yang baharu, dan air menitik dari dalam. Kemungkinan laluan air (drain line) lebih tinggi dari yang aircond. Air tidak dapat melalui dengan sempurna dan akan terjadinya back flow.
Jadi, apakah tidakan anda?
Satu, anda perlulah membuka indoor unit anda, dan membersihkan.
Kedua, anda perlu memastikan yang paip insulation untuk copper digunakan dengan betul. Maksudnya, gunakan insulation yang betul, dan tidak terlampau tebal.
Ketiga, pastikan semasa pemasangan aircond, pipe drain berkeadaan condong sedikit untuk memudahkan air keluar dengan smooth.
Kenapa aircond tidak sejuk? Apakah masalah yang sedang dihadapi?
1. Finn Indoor Kotor
2. Blower penuh dengan habuk
3. Finn Outdoor Kotor
4. Fan Outdoor penuh dengan
habuk
5. Laluan air (drain) tidak
smooth
6. Gas Freon kurang
Macam mana nak troubleshoot bahagian mana yang rosak?
Haaa. Bahagian troubleshooting ni yang mahal. Kenapa? Kerana orang yang ada ilmu dan berpengalaman yang mampu membantu. Saya pun masih lagi belajar dan selalu bertanya – tanya orang Hehehe. Ada banyak kerosakkan aircond, saya pun masih sedang belajar.
Contoh kerosakkan yang ada adalah motor fan Outdoor rosak, motor blower rosak, sensoe monitor rosak dan lain – lain lagi. Jadi, macam mana nak pastikan yang komponen itu rosak?
Ini saya akan update dari masa ke semasa kalau saya laluinya.
Contoh untuk troubleshot motor fan outdoor yang rosak. Secara teorinya compressor akan berfungsi bersama dengan motor fan. Jadi, jika anda masukkan power ke outdoor unit, anda akan dapat merasakan sedikit gegaran dari compressor dan mendengar bunyi compressor, TAPI anda fan anda tidak berfungsi. Ini menunjukkan fan anda telah mengalami kerosakkan dan anda perlu gantikan dengan yang baru.
Berapakah harga Gauge manifold?
Harga agak kasar juga. Huhuhu. Saya beli tahun 2016 pada RM220++. Saya x ingat berapa harga yang sepatutnya.
Bolehkan saya menggunakan aircond indoor 2HP, tetapi untuk outdoor unit, saya menggunakan 1.5HP. Macam mana? Minta pandangan?
Jangan, kerana compressor akan terlalu kuat bekerja. Life time compressor akan jadi kurang.
Kenapa paip copper terlalu berair? Macam mana untuk atas masalah ini?
Terlalu berair? Hhhmmm. Kalau ikutkan, paip copper memang akan berpeluh kerana gas sedang bergerak dan gas itu memang sejuk.
Jadi untuk mengatasinya, anda perlu menggunakan insulation paip copper dengan kemas. Caranya dengan tape hitamkan setiap sambungan insulation dan memastikan insulation tidak koyak.
Satu lagi pressure drop terlalu banyak. Jadi, Paip copper akan berpeluh dengan lebih kuat. Tetapi yang ni terjadi di Finn Indoor / Cooling coil. Ini sepatutnya tiada masalah kerana ada laluan air (drain).
Macam mana nak menukar gas dari R22 kepada R410A?
Peringatan, jika anda ingin menukar gas, jangan sesekali mencampurkan Freon. Kenapa? Kerana gas Freon mempunyai banyak perbezaan. Antaranya :
1. Ketumpatan (density)
2. Specifikasi (specification)
3. Kecekapan (efficiency)
Kalau nak tukar gas refrigerant, anda perlu menukar minyak comporessor.
Tapi, kalau unit yang besar, anda perlu menukar filter dryer / filter
core dan TXV Thermal Expansion Valve.
Kenapa anda mahu tukar gas?
Saya tengah mencari jawapan.
Kenapa anda perlu elakkan gas Freon dari terkena tangan apabila mengecas Freon?
Secara saintifiknya saya kurang pasti, tetapi pada masa jangka panjang, ia akan merosakkkan sistem badan anda. Macam thinner kena tangan. Macam itulah. Sebab chemical / bahan kimia boleh masuk ke dalam badan dengan empat cara
1. Pernafasan (Inhalation)
2. Makan (Digestion)
3. Sentuhan kulit (Absorption)
4. Radiasi (Radiation)
Bagaimanakah cara untuk memindahkan aircond rumah?
Untuk pindahkan, anda memerlukan banyak peralatan tools dan kudrat kerana kerja – kerja pemasangan aircond agak kasar.
Peralatan yang perlu ada adalah
1. Rotary Hammer Drill dan Mata
Drill
2. Flaring
3. Gauge manifold
4. Tong Gas Freon
5. Tangga
6. Simen Putih
7. Paip Copper
8. Spanner
9. Allen Key
Dan banyak lagi peralatan.
Berbalik kepada soalan, bagaimana caranya untuk memindahkan aircond rumah?
Cara untuk membuka Aircond Split Unit.
1. Tutup suis OFF
2. Menutup injap / valve dekat
outdoor compressor side.
3. Buka sambungan paip copper.
Gas akan keluar kerana remaining dari paip copper, bukan dari compressor
4. Cabut Outdoor Unit beserta
drain line
5. Cabut Indoor Unit
Cara untuk memasang Aircond Split Unit.
1. Tahu lokasi mana yang anda
ingin letakkan
2. Pasang Indoor Unit
3. Pasang Outdoor unit beserta
drain
4. Pasang Paip Copper
5. Buka injap / valve dekat
outdoor unit compressor side
6. Pastikan tiada kebocoran di
sambungan paip copper
7. ON kan Suis.
8. Siap
Apakah fungsi injap dekat outdoor unit?
Semua aircond outdoor unit akan anda injap untuk tutup dan dan untuk mengelakkan kehilangan gas semasa proses membuka paip copper dan proses pemindahan aircond. Fungsinya adalah untuk mengurangkan kehilangan Freon. Kehilangan Freon hanya pada paip copper, tetapi tidak di dalam compressor.
Bolehkah saya menggunakan gauge manifold R410 untuk check Freon R22?
Boleh kalau gauge manifold anda mempunyai skala yang besar dan fitting
yang betul. Lagisatu, pada gauge manifold anda akan ada tertulis Freon yang
boleh digunakan. Maksodnya, ada tulis pada gauge manifold R22, R407 dan R410.







