Saturday, April 25, 2020

Kubur Menjadi Raudhah




SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.
Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.
Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.
Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.
Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.
Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.
Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”
Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.
Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.
Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.
Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)
Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.
Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.
Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”
Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”(Hadis Riwayat Muslim)






Solat Jenazah Mudah







HUKUM SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.



CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA & MAKSUDNYA

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
niat-solat-jenazah-0

2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.
Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.
Selawat yang pendek ialah:
image003
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:
image005

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi

rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan

para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para

keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan

kesalahannya”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image008
Berbeza dengan solat yang lain, cara Solat Jenazah ada sedikit keunikan di mana ia tidak perlu ruku’, iktidal, sujud, atau tahiyyat. Tetapi, ia hanya disempurnakan dengan 4 takbir dan salam (semasa berdiri).

HUKUM SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.
Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:
Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)
Foto Kredit: new-muslims.info
Foto Kredit: new-muslims.info

SYARAT-SYARAT SOLAT JENAZAH

  1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
  1. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
  2. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.

Foto Kredit: Jabatan Mufti Johor

CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA & MAKSUDNYA

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
niat-solat-jenazah-0

2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.
Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.
Selawat yang pendek ialah:
image003
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”
Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:
image005
“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.
Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:
image007
Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:
image017
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image008
Bagi jenazah perempuan:
image018
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya,hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

 Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas dengan doa yang di bawah.
Sekurang-kurangnya ialah:
image010
“Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah
image012
“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan
(amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya.
Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu.”

5. TAKBIR KE-4 DIIKUTI DOA

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.
Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:
image020
Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:
image023
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”
Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.
Bagi jenazah lelaki:
image021
Bagi jenazah perempuan:
image024
Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang”

6. MEMBERI SALAM

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca doa pula.
Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:
image026

Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:
image028


Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:
image029

Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.
Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.
Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”



Friday, April 24, 2020

Panduan Solat Tarawikh




Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat
*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

Selawat & Wirid Antara Solat

Acara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.
Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya:










This image has an empty alt attribute; its file name is cara-solat-sunat-terawih.png

Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:
  1. Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
  2. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah Taala.
  3. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
  4. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz qunut sembahyang Subuh.
  5. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun afdalnya boleh dibaca surah berikut:
  • Rakaat pertama – surah Al-A’la
  • Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
  • Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Download Panduan JAKIM

Untuk memudahkan anda membuat rujukan, anda boleh merujuk panduan solat terawih oleh JAKIM di pautan berikut:
Semoga dengan panduan ini kita dapat menambah amal dan memantapkan lagi penghayatan kita terhadap bulan Ramadhan agar ia memberi manfaat dan faedah yang besar untuk kita semua.


Shalawat Untuk Ku Di Hari Jumaat


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pertamanya, Allah SWT mengganjari sesuatu amalan berdasarkan kepada niat seseorang. Hal ini berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab RA, bahawa Rasulullah bersabda :
إنَّما الأعْمالُ بالنِّيَّةِ، وإنَّما لِامْرِئٍ ما نَوى، فمَن كانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللَّهِ ورَسولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إلى اللَّهِ ورَسولِهِ، ومَن كانَتْ هِجْرَتُهُ إلى دُنْيا يُصِيبُها أوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُها، فَهِجْرَتُهُ إلى ما هاجَرَ إلَيْهِ.
Maksudnya: Sesungguhnya setiap perbuatan berdasarkan kepada niat dan setiap orang itu diganjari berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu untuk Allah SWT dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dihijrahkan kepadanya.
Klik disini untuk Penerangan Selanjutnya


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Wabak Itu adalah Rahmat





HADIS 1: WABAK ITU ADALAH RAHMAT BUAT MUKMIN 

Maksudnya: Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW tentang wabak Ta’un. Lalu Rasulullah memberitahuku bahawa ia adalah azab yang diutuskan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah menjadikannya sebagai Rahmat buat orang-orang yang beriman. Tidak ada seorang pun yang ditimpa wabak Ta’un ini sedangkan dia duduk di dalam negeri tempatnya dengan penuh kesabaran dan bermuhasabah, dan dia faham bahawa tiada sesuatu yang menimpanya melainkan semuanya telah ditentukan oleh Allah, melainkan dia akan mendapat pahala seperti pahala syahid. (Sahih al-Bukhari)

Ulasan: Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa ujian penularan wabak penyakit adalah azab buat manusia. Namun di sisi Muslim, ia boleh dianggap sebagai rahmat buat mereka yang menghadapinya dengan penuh muhasabah dan kesabaran. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadis ini menekankan dari aspek disiplin seorang Muslim dalam menghadapi suasana wabak. Muslim seharusnya mengimani bahawa wabak yang melanda ini adalah ketentuan dari Allah, mereka seharusnya mampu mengawal diri mereka di rumah, bersabar atas segala ujian yang menimpa mereka serta meyakini bahawa tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan atas ketentuan Allah. Andai sekiranya semua ciri-ciri ini dimiliki oleh seorang Muslim, maka beliau berhak mendapat ganjaran seperti pahala syahid, seperti yang disebutkan di dalam hadis.


Thursday, April 23, 2020

Yoga Sahit Leher dan Bahu



Anda semua pernah sakit leher dan bahu tak? Inget waktu itu sembuhnya bagaimana? Guna Balsom, koyok atau diurut ?
Nah di video kali ini saya akan dinyatakan gerakan-gerakan yang mudah untuk meredakan sakit di bagian leher dan juga bahu. Semoga bermanafaat!

Melegakan Sakit Gigi

Mulut Saya ada Ulser dan Gusi sakit, saya cuba ia menjadi


Cikgu Yatie (CY) menerangkan terapi alternatif untuk merawat gigi yang sakit tanpa sebarang ubat, hanya dengan urutan ringkas di point-point tubuh yang spesifik. Terapi ini sangat sesuai jika berlaku gejala sakit gigi pada bila-bila masa, terutama ketika musim PKP Covid19 ini memandangkan agak sukar untuk kita pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Selamat mencuba 😁

Langkah Urutan Bayi

Langkah Urutan


Kembung Perut


Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama papa kena rajin urut baby. Hanya lima minit setiap sesi. Dengan hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Ikuti langkah urutan bayi menerusi video ini.

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Firman Allah SWT:
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
Maksudnya“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-Asr:1-3)
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: Kebenaran adalah satu daripada empat rukun yang dapat melepaskan manusia daripada kerugian di dunia dan di akhirat. Keempat-empat rukun itu adalah, beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Hubungan antara berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran adalah, bagi menunjukkan amanah kebenaran itu begitu berat dan bebanan yang besar. Selain itu, jalannya dipenuhi dengan kebencian dan ditumbuhi duri-duri. Oleh itu, sesiapa pun perlu memperkasakan diri dengan kebenaran yang dikhabarkan kepadanya bagi memantapkan diri dengan kesabaran semasa berada di jalan itu.
Maka, kebenaran itu tidak akan berjaya tanpa sifat sabar dan sesebuah jemaah itu tidak akan menjadi hebat tanpa saling berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. (Lihat al-Sobru fi al-Quran - Mukjizat Sabar dalam al-Quran, oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 126-127)
Ini adalah seperti yang dinasihatkan Luqman kepada anaknya:
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Maksudnya"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Surah Luqman: 17)
Dalam menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kita pasti berdepan dengan kejahatan-kejahatan manusia. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pesanan-pesanan Luqmanul Hakim dikaitkan dengan kesabaran atas apa yang menimpa seseorang. Ini menguatkan lagi pengertian yang dijelaskan sebelum ini.
Antara kehebatan sabar di sini adalah, lafaz ‘saling berpesan’ diulang-ulang dan ia tidak hanya dihubungkan dengan kebenaran tanpa mengulangi sighah al-tafa’ul. Ini kerana, ‘berpesan-pesan’ adalah peringatan dan penguat kepada kesabaran serta ia mempunyai kedudukan yang tersendiri. Di samping itu, berpesan-pesan itu adalah asal dan bukan cabang.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepaada kita kesabaran dalam melaksanakan segala ketaatan kepada-Nya serta dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amin.