Friday, May 1, 2020

Hari Raya Puasa 2020 Rentas Sempadan



Tiada perhimpunan hari pekerja seperti kebiasaannya, sama ada yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dan ini adalah sebahagian daripada normal baharu yang perlu dilalui masyarakat Malaysia pada hari ini. Hari Pekerja kali ini disifatkan ‘unik’ kerana berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara terutamanya kepada petugas barisan hadapan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka semua bekerja tanpa mengenal erti penat lelah untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.
Sementara itu, pekerja yang bukan daripada sektor yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi diminta agar kekal duduk di rumah supaya dapat bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini.
Dalam masa yang sama, tidak dilupakan juga terdapat pekerja yang pendapatan mereka terjejas sewaktu wabak ini menyerang, antaranya seperti sektor pelancongan dan juga sektor perniagaan kecil-kecilan contohnya makanan. Walaupun ada yang masih boleh beroperasi, tetapi terhad dengan kekangan PKP.
Statistik menunjukkan penularan ini berjaya diratakan dan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka dalam tempoh 14 hari berturut-turut sejak 17 April yang lalu. Ia menyaksikan Malaysia kini memberikan sedikit kelonggaran dalam peraturan sekatan pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.
Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam, penularan COVID-19 di negara ini telah menjangkiti 6,002 orang dan meragut sebanyak 102 nyawa.
Namun, kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj kini meningkat sebanyak 4,171 kes atau 69.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 
Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Pekerja, pada Jumaat.
Muhyiddin berkata, ia antara langkah yang digariskan selepas kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.

Thursday, April 30, 2020

Telephone Meletup


Telephone meletup, terbakar semasa charge bateri handphone dilakukan. Plug kuasa adalah sebanyak 240volt - kepala handphone charger ada transformer yang akan menurunkan jumlah 240volt stepdown ke 5volt ke hp


Kepala Handphone Charger


Kalau kepala bateri handphone charger rosak , 240 volt kuasa akan terus masuk ke handphone sebanyak 240 volt. Semasa kita membuat charging handphone, arus elektrik yang mengalir ke handphone adalah sebanyak 240 volt or 230 volt,


Jumlah kuasa arus yang ada di socket plug



Pemeriksaan arus yang mengalir semasa proses charge Handphone


Bunyi TIT TIT itu menunjukkan ada arus elektrik yang mengalir


Kita boleh fikir sendiri apa akan berlaku jika sambil kita charge bateri handphone ,  kita pulakguna handphone untuk dengar lagu, untuk main game dan untuk buat panggilan dan bergayut, pastinya handphone akan menjadi panas.

Lagi satu jangan sekali kali menggunakan earphone + Handphone semasa charging dilakukan , ia umpama membunuh diri. Malang tak berbau kerana arus elektrik dalam proses mengalir.





Bunyi TIT TIT itu menunjukkan ada arus elektrik yang mengalir


AWAS. Jangan Guna sambil charge , seeloknya matikan handphone..Pastikan juga Kepala Handphone charging tidak rosak


Semoga Bermanafaat daripada saya JTJ Electric & Aircond Services

Makmum wajib baca al-Fatihah ketika solat jemaah



Dalam solat berjemaah disunatkan makmum membaca al-Fatihah selepas imam habis membaca al-Fatihah iaitu mendengar dan menghayati bacaan imam dahulu. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah al-A’raf ayat 204:

وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Walau bagaimanapun apabila seseorang makmum bertindak membaca al-Fatihah serentak bersama imam, perbuatan ini tidak membatalkan solat.

Perkara ini dijelaskan di dalam kitab Fathul ‘Allam bi Syarh Mursyid al-Anam.’ 
(Rujuk dalam bab حكم المقارنة بالركن القولي)

Begitu juga jika makmum membaca al-Fatihah sebelum imam membaca al-Fatihah maka perbuatan ini juga tidak membatalkan solat. Perkara ini ada dinyatakan di dalam kitab Fathul Mu’in:

ﻭﺇﻥ ﺳﺒﻘﻪ ﺑﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ ﺃﻭ اﻟﺘﺸﻬﺪ ﺑﺄﻥ ﻓﺮﻍ ﻣﻦ ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ ﻗﺒﻞ ﺷﺮﻭﻉ اﻹﻣﺎﻡ ﻓﻴﻪ ﻟﻢ ﻳﻀﺮ

“Jika makmum mendahului imam dengan bacaan al-Fatihah atau tasyahhud yang mana menghabiskan bacaan salah satu dari keduanya sebelum imam memulakan bacaan itu, maka ia tidak memudaratkan.”

Namun kedua-dua perbuatan yang di atas adalah perbuatan yang kurang bertepatan dengan sunnah. Seeloknya makmum perlu menunggu imam menghabiskan bacaan imam dahulu sebelum memulakan al-Fatihah.

Lagipun apabila makmum menunggu imam menghabiskan al-Fatihah sambil menghayati bacaan itu, makmum akan mendapat pahala yang berganda iaitu pahala mendengar bacaan imam dan pahala membaca al-Fatihah setelah imam membacanya. Pahala berganda ini tidak akan diperoleh apabila makmum membaca al-Fatihah serentak dengan imam.

Monday, April 27, 2020

Rezeki Allah yang beri



Allah SWT memiliki nama yang mulia dan dikenali sebagai Al-Asma’ Al-Husna. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana saja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu.” (Surah al-Isra’, ayat 110)
Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya.


Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki. Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37)
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 6)
Kita sendiri dapat menyedari diri tidak berkuasa untuk menentukan sesuatu rezeki itu benar-benar dimiliki melainkan ia bergantung kepada ketentuan Allah SWT.


Contohnya, di tangan kita ada nasi namun atas sebab tertentu nasi itu tidak dapat dimasukkan ke dalam mulut akibat terjatuh ke tanah. Rezeki itu sudah berada dalam tangan, namun manusia tidak mempunyai kuasa mutlak mengatakan nasi itu sememangnya rezeki miliknya.

Begitulah gambaran kecil betapa setiap rezeki tertakluk sepenuhnya atas ketentuan Allah SWT. Dialah yang berkuasa memberi dan menahan sesuatu rezeki.


Allah SWT mengurniakan rezeki hatta kepada serangga kecil. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu, dan Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Ankabut, ayat 60)
Menyedari hakikat itu, setiap Muslim perlu beriman, kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki dipohon. Usah hampiri jalan syirik dengan meminta-minta daripada dukun atau bomoh agar dikurniakan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (Surah al-Baqarah, ayat 212)
Jangan Mengeluh Duit Tak Cukup Je, Inilah 10 Sumber Rezeki Yang ...Apabila rezeki yang dihajati masih belum diperoleh sedangkan doa dan usaha acap kali dilakukan, usah salahkan takdir. Ada kalanya Allah SWT tidak mengurniakan sesuatu yang diminta tetapi Dia mengurniakan sesuatu yang diperlukan.Teruslah bersabar dan berusaha untuk memperoleh rezeki yang dicita-citakan. Manusia sebenarnya tidak akan pernah puas dengan setiap nikmat yang diterimanya.Semakin dikurniakan rezeki, semakin banyak hajat yang ingin dicapai. Tidak salah meminta pelbagai bentuk rezeki daripada Allah SWT, namun fikirlah sikap kita terhadap kehebatan dan keagungan Allah SWT.
7 Tips Untuk Memperoleh Rezeki Yang Melimpah Ruah

Adakah kita daripada kalangan hamba-Nya yang bersyukur? Ramai orang bersyukur ketika menerima rezeki baru, namun lupa untuk mensyukuri nik
mat rezeki yang sedang dinikmati.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, rumah, pokok dan luar


Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja d

engan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

Kaca tempered

Mencari Jawapan Apa Penyebab Kaca dinding boleh Pecah Seribu.. Dangkal untuk diperkatakan dan mustahil boleh pecah tanpa sebab. Ia telah terjadi yang memungkinkan aku yang serba tak tahu ini mencari jawapan terhadap persoalan ini. 


Awal pagi aku dah bergegas menderu dengan preve merahku menuju ke bangunan pejabat diselayang, dekat IPD Gombak , aku harapkan tak adalah roadblock atau sekatan jalan. Allah memberi kemudahan kepada aku sepanjang perjalanan. Sesampai ke pejabat aku membuat pemeriksaan keadaan sekeliling jika ada terdapat batu kerikil atau benda yang boleh mendatangkan pecahnya cermin pintu pejabat aku.

Setelah pasti benda yang aku cari tak ada , aku ke meja kerja  dengan ayat pertama aku ialah ucapkan salam , membaca ayat kursi dan surah al fatikhah barulah aku membuka komputer untuk melihat apa yang berlaku malam tadi melaluii CCTV..mengujakan , jatuh berderai dengan tanpa sentuhan. Aku bukan boleh terima perkara yang tak pernah berlaku sekali dlm seumur hidup begitu sahaja. Aku buat research dekat Internet. Jawapan dah aku dapat kini, meh aku kongsikan kepada anda semua. Kenapa ia boleh terjadi sedemikian kepada mana yang belum tahu, yang dah tahu tu, dok diam diam




Kaca tempered adalah kaca yang dikeraskan dengan memanaskan kaca biasa hingga mencapai suhu sekitar 700 * C, kemudian setelah kaca dipanaskan, proses selanjutnya adalah mendinginkan secara mendadak, dengan menhenbuskan udara secara merata pada kedua permukaan kaca. Nah, dari proses ini ada perubahan fisik pada kaca yang merupakan perubahan pada gaya tekan dan gaya tarik pada kaca, tetapi secara visual tidak ada perubahan.

Jadi, untuk tujuan apa gelas ini mampu  digunakan? Jenis kaca tempered ini biasanya sering ditemukan / mampu kita gunakan pada pintu (door-free door), dinding kaca pada bangunan, dinding batas kaca, tangga, eskalator, elevator. Sedangkan untuk furniture, biasanya digunakan di atas meja, almari kaca, dan lainnya.

Selain itu, ada beberapa hal menarik tentang kaca tempered, informasi berikut:

Kaca tempered memang sangat kuat, tetapi itu tidak berarti tidak boleh pecah. Jenis kaca ini tahan terhadap lentura 5x lebih kuat dari kaca biasa, berbeza ceritanya jika kaca tersebut tergores. Jenis kaca ini akan pecah dengan goresan yang dalam, meskipun tidak secara langsung. Kaca yang tergores akan pecah seiring waktu.

Lihat apakah ada retakan pada kaca tempered Anda. Retakan kecil di kaca akan menyebar ke seluruh kaca perlahan tapi pasti sampai akhirnya pecah.

Jenis kaca ini memiliki keseimbangan yang baik, dari kekuatan tekan hingga daya tariknya. Kerana itu cubalah untuk tidak mengubah bentuk gelas dengan memotong dan sejenisnya setelah kaca melalui proses penepaan. Tentukan dimensi dan spesifikasi yang diperlukan sejak awal.

Untuk pemeliharaan, itu tidak memerlukan proses yang rumit. Alih-alih membersihkan kaca jendela di rumah, Anda cukup menggunakan sabun pembersih kaca dan kain kering.



Keuntungan dan kerugian Kaca Tempered

Seperti yang kita ketahui, kaca adalah bahan yang bening orang jawa cakap, transparan atau tembus cahaya dan mampu melihat benda-benda di baliknya. Kaca dapat memperindah objek dan bangunan karena pantulan cahaya dan cahaya dari pantulan cahaya. Tetapi karena gelasnya rapuh dan mudah pecah, akhirnya tercipta kaca yang memiliki kekuatan lebih dan tidak berbahaya, iaitu Kaca Tempered (Kaca Tempered)

Kaca Tempered memiliki kekuatan lebih kuat 4-5 kali lipat dari kaca biasa. Kaca tempered dapat digunakan untuk dinding tangga atau bangunan.


Keuntungan lain dari kaca tempered dibandingkan dengan kaca biasa adalah bahwa ketika pecah akan membentuk butiran kecil tetapi aman untuk digunakan.

Membuat kaca tempered menggunakan prinsip saat gelas dinaikkan ke suhu tinggi, lalu diturunkan dengan cepat berulang-ulang untuk membentuk butiran kecil saat pecah.

Kaca tempered tidak hanya digunakan untuk bangunan tetapi juga sering digunakan untuk kaca depan, tangga, dinding kaca, pintu kaca, kanopi, pagar, skylight dan bahkan diterapkan pada Peti Ais dan gadget.



Perbezaan antara Kaca Tempered dan Kaca Biasa

Ada label TEMPERED di sebelah sudut bersama dengan nama pabrikan dan sulit untuk dihapus.

Kaca tempered akan menunjukkan garis hitam pudar di permukaannya ketika terkena sinar matahari.

Dilihat dari sudut pandang 45, warna pelangi terlihat

Cahaya yang mengarah ke kaca temper akan berubah sedikit

Jika pecah, itu akan menjadi butiran kaca dan tidak begitu tajam.

Kekuatan gelas 4-5 kali lebih kuat dan lebih kuat dari gelas biasa.



Apa kekurangan kaca tempered?

Meski memiliki banyak keunggulan, kaca tempered juga memiliki banyak kelemahan. diantaranya adalah:

1. Kaca tempered tidak dapat dipotong, sehingga ukurannya tetap dan tidak dapat diubah. Jika Anda mencoba memotongnya, itu akan menghancurkan seluruh gelas

2. Kaca temper jika ada retakan kecil dapat menyebar ke seluruh bagian kaca yang mengakibatkan kaca dan kaca tersebut pada akhirnya akan hancur.

3. Kaca tempered tidak dapat dibor atau dibuat lubang. Proses membuat lubang kunci atau pegangan dilakukan sebelum proses penempaan, jadi jika Anda mrencana untuk membuat pintu dari kaca tempered maka lakukan latihan bor dan proses lainnya sebelum kaca dipasang.

4. Proses temper kaca tempered memakan waktu antara 4 - 7 hari kerja, oleh kerana itu bekerja menggunakan kaca tempered memerlukan waktu lebih lama

5. Risiko kegagalan ketika proses tempering banyak terjadi. Biasanya pecahan kaca atau kaca temper menghasilkan kaca bergelombang yang parah. 

Itu sebabnya menerapkan kaca tempered memiliki risiko lebih besar daripada kaca biasa dan biasanya penjual kaca tempered menetapkan harga tinggi untuk pekerjaan kaca tempered.


Sunday, April 26, 2020

Cara Guna Applikasi ZOOM



Apa itu Zoom Cloud Meeting? Aplikasi tatap muka yang dirancang khusus untuk mereka yang ingin melakukan kegiatan seperti pertemuan jarak jauh atau pertemuan melalui Internet tanpa harus bersama dalam satu bilik. Selain aplikasi zoom ini juga dapat menghubungkan hingga 100 pengguna atau pengguna.
Dilengkapi dengan teknologi canggih seperti berbagi layar, aplikasi zoom ini dapat diandalkan dalam keadaan saat ini. Oleh karena itu, tidak menghairankan bahwa Zoom sekarang menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan. Sudah lebih dari 10 juta pengguna dari berbagai negara telah menggunakan aplikasi Zoom Meeting.


Cara Menggunakan Zoom di HP