Allah SWT memiliki nama yang mulia dan dikenali sebagai Al-Asma’ Al-Husna. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana saja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu.” (Surah al-Isra’, ayat 110)
Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya.

Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki. Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37)
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 6)
Kita sendiri dapat menyedari diri tidak berkuasa untuk menentukan sesuatu rezeki itu benar-benar dimiliki melainkan ia bergantung kepada ketentuan Allah SWT.
Begitulah gambaran kecil betapa setiap rezeki tertakluk sepenuhnya atas ketentuan Allah SWT. Dialah yang berkuasa memberi dan menahan sesuatu rezeki.
Menyedari hakikat itu, setiap Muslim perlu beriman, kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki dipohon. Usah hampiri jalan syirik dengan meminta-minta daripada dukun atau bomoh agar dikurniakan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (Surah al-Baqarah, ayat 212)
mat rezeki yang sedang dinikmati.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja d
engan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.
Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

No comments:
Post a Comment