Saturday, May 9, 2020

Tanaman dan Pokok serta Kelebihan Limau Kasturi


Pertanian , Lain orang Lain Pengalamannya. Jom kita belajar drpd orang yang ada pengalaman


Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di rumah yang baru sahaja dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai yang suka tanam pokok mempelam di hadapan rumah. Oleh sebab itu kita boleh lihat hampir semua rumah lama (tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah. Sekarang pun ada juga, bukan?
Di kawasan bandar pula kebanyakan tanah di laman rumah baharu hanyalah tanah timbunan bekas pembinaan. Apabila kita korek lebih dalam, tanah itu penuh dengan sisa-sisa batu bata dan lebihan konkrit.
Apabila kita menanam pokok buah seperti ciku, jambu, durian, rambutan atau mempelam, pokok itu akan membesar elok dalam tempoh 1-3 tahun. Namun kemudiannya ia akan mula mati. Antara faktornya adalah kerana lapisan dalam tanah di rumah kita bukanlah tanah yang subur. Akar pokok terbantut.


1. Ganti Tanah Sedia Ada

Antara yang boleh dibuat adalah dengan mengorek semula tanah yang ada sedalam 15-30 cm. Seterusnya menggantikan dengan tanah baru. Kelemahan teknik ini, ia memakan kos yang tinggi. Dengan kos belian tanah baru dan kerja meletakkan tanah. Tidak sesuai untuk sesiapa yang ingin jimatkan kos. Yelah, kita kan baru pindah rumah? Banyak telah kos dibelanjakan.
Satu tip saya berikan, jika betul teringin nak tanam pokok buah juga, korek di kawasan tersebut sedalam 1-2 meter dengan diameter 1-2 meter luas. Isikan dengan tanah yang dibeli. Sekurang-kurangnya pokok dapat membesar dengan baik.




2. Campur Tanah Dengan Bahan Organan
Kaedah kedua pula adalah dengan menggaulkan bahan organan dengan tanah di laman rumah. Antara bahan organan yang boleh digunakan adalah seperti tinja lembu, kambing dan ayam. Memang rumah akan berbau sedikit, tetapi ia berbaloi. Biarkan tanah yang telah digaulkan dengan bahan organan selama 3 bulan. Jangan tanam apa-apa selama tempoh tersebut kerana tanah dalam fasa pembaikkan. Tidak elok untuk tanam apa-apa tumbuhan kerana semasa fasa ini tanah menjadi ‘panas’ untuk seketika waktu.
Kelemahan cara ini, ia memakan masa. Untuk sesebuah kawasan itu subur, dikatakan ia mengambil masa hampir 7 tahun! Ketika itu mestilah kita sudah berpindah atau tambah sana-sini di rumah.

3. Batas Timbun

Kaedah yang paling praktikal adalah dengan membina batas timbun atau dalam bahasa orang Puteh raised beds. Kaedah ini diguna meluas di negara-negara Barat sebagai salah satu cara untuk menghasilkan tanaman organik di rumah.







Sejarah kaedah ini bermula dengan pengenalan kebun kaki persegi (square foot gardening) oleh Mel Bartholomew. Kaedah ini dapat menjimatkan ruang dan air untuk kita berkebun di rumah.

Ia kemudian diubah suai kepada batas timbun. Batas timbun dibentuk dengan meletakkan kayu sebagai dinding batas dengan bentuk empat persegi luas. Ketinggian batas timbun yang ideal selalunya di antara 30-45 cm.
Walaupun begitu teknik ini kurang popular di Malaysia kerana ramai yang masih kurang peka tentang tanah di laman rumah mereka.
Ada yang merungut anak benih yang mereka pindah di atas tanah selalu sahaja mati. Ia lebih praktikal jika kita menggunakan teknik ini. Mungkin kos permulaan sedikit tinggi kerana perlu membeli tanah atas, tetapi ia lebih berbaloi.



Kesimpulannya, teknik batas timbun lebih mudah dipraktikkan disamping ia menjimatkan masa untuk kita berkebun di rumah.
mmmmmmmmmmmmmmmmmm
Kelebihan Limau Kasturi

Tuesday, May 5, 2020

Adik CEO JAKEL Sendiri Menghina Orang Melayu



Read Bean Army DAP tak akan berhenti untuk Melayu Skrew Melayu









Mereka tak akan berhenti Melayu skrew Melayu



Saya mengikuti secara dekat polemik yang melanda syarikat kain terbesar Malaysia milik orang Islam, JAKEL. Dari awal lagi saya mengambil sikap bersangka baik dan berhati-hati apabila tular berita yang mendakwa DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
5 jam · 
Saya mengikuti secara dekat polemik yang melanda syarikat kain terbesar Malaysia milik orang Islam, JAKEL. Dari awal lagi saya mengambil sikap bersangka baik dan berhati-hati apabila tular berita yang mendakwa adik CEO JAKEL sendiri menghina orang Melayu. Sukar untuk saya mempercayainya lantaran JAKEL adalah sebuah syarikat orang Islam yang selama ini jualan mereka bergantung sepenuhnya kepada orang Melayu dan difahamkan 99% pekerjanya terdiri daripada orang Melayu. Tidak masuk akal mereka akan membuat sesuatu yang akan menghancurkan perniagaan sendiri. Alhamdulillah setelah keluarnya video penjelasan dan permohonan maaf daripada Datuk Feroz CEO Jakel dan adiknya Muzaffar, diharapkan semuanya selesai dan reda kembali. Janganlah kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga hingga menyaksikan sebuah syarikat orang Islam yang begitu berjaya akhirnya terkubur begitu sahaja, wal-iyyazubillah!

Sempena Ramadan Bulan penuh maghfirah dan pengharapan tinggi kita kepada keampunan Allah, moleklah kita saling bermaafan demi mendapat keampunanNya sebagaimana firman Allah:

‎وَإِن تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

"Kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah at-Taghabun (64):14). Sukar untuk saya mempercayainya lantaran JAKEL adalah sebuah syarikat orang Islam yang selama ini jualan mereka bergantung sepenuhnya kepada orang Melayu dan difahamkan 99% pekerjanya terdiri daripada orang Melayu. Tidak masuk akal mereka akan membuat sesuatu yang akan menghancurkan perniagaan sendiri. Alhamdulillah setelah keluarnya video penjelasan dan permohonan maaf daripada Datuk Feroz CEO Jakel dan adiknya Muzaffar, diharapkan semuanya selesai dan reda kembali. Janganlah kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga hingga menyaksikan sebuah syarikat orang Islam yang begitu berjaya akhirnya terkubur begitu sahaja, wal-iyyazubillah!

Sempena Ramadan Bulan penuh maghfirah dan pengharapan tinggi kita kepada keampunan Allah, moleklah kita saling bermaafan demi mendapat keampunanNya sebagaimana firman Allah:

‎وَإِن تَعۡفُواْ وَتَصۡفَحُواْ وَتَغۡفِرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ



"Kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah at-Taghabun (64):14)