Duduk rumah bukan berkurung
Saya pada masa sama turut mengingatkan bahawa duduk di rumah bukanlah bermaksud hanya berkurung di dalam rumah kerana tindakan itu katanya dibimbangi turut berisiko menjejaskan kesihatan.
“Perlu juga untuk keluar ke kawasan sekitar rumah bagi mendapatkan vitamin D yang cukup dari matahari antara pukul 9 hingga 11 pagi kerana ia penting untuk tulang yang sihat.
“Perbanyakkan aktiviti untuk melawan kebosanan duduk di rumah tanpa bergantung hanya kepada makanan atau menonton televisyen.
"Manfaatkan peluang dengan membaca, memasak menu sihat, bermain board game, bersukan, aktiviti kerohanian dan kesenian serta membuat video dan mengajar anak-anak serta sentiasalah berhubung dengan ahli keluarga dan rakan sekerja.
“Pengurusan tekanan termasuk mendapat tidur yang cukup juga penting lebih-lebih lagi bagi menangani tahap kerisauan melampau segelintir individu berhubung penularan Covid-19. Pastikan waktu makan, tidur dan bangun sama seperti hari bekerja bagi mengelak kelesuan atau ‘kejutan’ pada kesihatan tubuh badan,” katanya.
Saya pulak buat apa yang terdaya, buat blog , kemas apa yang patut dan lain lain..
Saya pulak buat apa yang terdaya, buat blog , kemas apa yang patut dan lain lain..
No comments:
Post a Comment